Tuesday, March 18, 2008

ePiSoDe#6 5 years With MAFA I

MAFA....singkatan yang aku beri pada dia (macam nama satu goverment institue), nama sebenar dia betul2 panjang. Aku kenal dia semasa di Politeknik, 2 pun semasa sem 3 baru aku tahu kewujudan dia. Kami menjadi rapat masa kawan baik aku Ira couple dengan kawan baik dia. Memandangkan kedua2 mereka ni leh dikatakan alim la selalunyer kalau dating aku dan MAFA yang teman kan. Aku lah jadi bodygurd merangkap driver (time tu aku sorang je student pompuan ada moto dalam kelas aku). So bila budak berdua tu berdating (kadang2 begaduh) aku banyak habis masa ngan MAFA, kami bersembang pasal macam2, x lama lepas tu aku realise aku ngan dia bleh kata sekepala. Time tu aku masih ngan ex-boy sha aku, so aku x der niat sumbang la rapat ngan MAFA. Tapi aku perasaan la dia nampak macam syok ngan aku, tapi aku ignore kan jer walaupun terdetik perasaan suka. Hubungan aku ngan sha x de masalah, aku bahagia dengan dia. Dia caring, romantik, extra nyer mak dia suka sangat ngan aku n aku pun suka sangat ngan mak dia (aku kekurangan kasih ibu). Tapi semua nyer berubah bila dia masuk satu geng ni, sampai sekarang pada aku intention dia masuk geng tu sebab nak bermegah2 walaupun dia kata masuk geng ni aku ngan dia akan selamat dari di ganggu kaum lain. Aku suruh dia keluar dari geng tu tapi dia berdegil, so aku bagi chance kat dia n aku join skali secara x official dalam geng tu. Dan apa yang aku nampak dari pemerhatian aku sume benda buruk sahaja yang diorang ajar. Bayang2 kan aku ngan dia tengah dating kat taman tetiba kena dia panggil, aku dia hantar ke rumah. Mula2 dulu aku ingat important sangat la tapi rupa2 nyer kena panggil sebab nak bergaduh ngan geng lain. Sejak dia masuk geng tu masa dengan aku kurang n aku slalu risau dengan keselamatan dia. Takut2 dia kena tangkap polis ke cedera teruk ker. Setiap kali dia jumpa geng2 dia aku x pernah tenteram. Aku bukan takat sayang sgt2 pada dia tapi aku terlalu mencintai dia. Mungkin sebab dia 1st love aku.


Akibat dia sibuk ngan geng dia aku jadi sunyi dan kami slalu bergaduh sebab yang sama, so bila masa aku banyak habis dgn MAFA perasaan suka tu timbul sikit demi sikit. Dari hari ke hari suk aku pada dia bertambah dan berubah menjadi sayang, suatu hari aku sendiri bagitau pada dia aku suka dia (entah kenapa perasaan aku pada dia dah x tertahan lagi). Start dari hari itu pandangan kami pada masing2 dah x sama. Kalo dulu aku gelak kuat2 depan dia pun aku x peduli sangat sekarang aku jadi malu2 (rasa menyesal cakap kat dia macam perigi cari timba). Dia tahu masalah aku ngan sha, dia minta aku tinggal kan sha n jadi awek dia. Dia jadi batu api menceritakan aku tiada masa depan dengan sha kerana penglibatan sha dengan geng yang x elok. X perlu dia bagitau aku pun dah tahu. Tapi pada masa tu aku x sanggup tinggal kan sha kerana aku terlalu sayang kan sha walaupun aku tahu sha banyak meluka kan hati aku sejak dari dia masuk geng tu. Aku tolak MAFA, aku kata kan aku mahu setia pada sha. Selepas itu kami dah x berjumpa lagi. Hanya dalam kelas aku pandang n merindui saat2 manis dengan dia dari jauh.


Aku cuba perbaiki hubungan aku dengan sha tapi seolah2 lagi aku cuba lagi sakit aku jadi nyer dengan sikap dia yang dah semakin berubah. Bukan setakat aku tapi malahan ibu dia juga risau dan kami berbincang banyak kali tentang dia. Akhir nyer aku give up, aku dah x tahan lagi dengan perangai dia. Bukan takat aku dia ignore malahan pelajaran dia pun dia ignore. akhirnyer setelah berfikir panjang n lama la jugak dekat nak setahun aku mintak putus dengan sha, marah dia bukan kepalang. Aku ingat dia akan pujuk aku la, tapi dia ugut aku lagi adalah. Dia betul2 dah berubah sangat2. Aku tinggal kan dia. Tapi hati aku sakit sangat2 x siapa yang tahu. Geng2 dia menuduh aku curang dengan dia, sedangkan aku dah x berkawan dengan MAFA skali pun time tu. Hampir setiap malam aku menangis, aku rindukan sha tapi aku dah x bleh lagi bersama dengan dia. Pelajaran aku turut terganggu.

Semasa aku dalam prosess recovery aku, MAFA mengatakan dia nak jumpa aku, hati aku berdebar, tetiba jer dia nak jumpa aku setelah sekian lama. Berdepan dengan dia jantung aku bergetar terlalu laju, perasaan lama datang semula. Dia memegang tangan aku, dia tahu aku dah putus dengan sha so dia minta ku jadi awek dia. Aku x fikir panjang, aku terus setuju sebab aku pun ter gila-gila kan dia. Indah sungguh saat itu. Rasa macam Cinderella, aku di seksa batin x lama kemudian datang seorang putera menyelamatkan aku dan membawa aku pergi dan hidup bahagia selama-lama nya haahha.....citer dogeng x sama seperti realiti yang pedih skali.


To be continue.....

1 comment:

Aku Bukan Bidadari said...

citer lah lagi..terawang2 tiara baca..