Friday, November 7, 2008

ePiSoDe#33 5 years with MAFA II

Masalah tentang aku ni aku suka simpan perasaan , marah ker , suka ker sume aku simpan jarang nak cite. Kalo cite pun x sume aku cite, ada info yang aku rahsia kan. X sume orang leh trime kan so citer je la mana yang patut lebih2 dari tu suka hati korang la nak agak apa. Kalo nak ikut kan dah 10 bulan sejak aku putus ngan dia. Dalam sepuluh bulan jugak la aku struggel nak lupa kan dia. Bagaimana tiap2 malam aku menangis, berperang dgn perasaan, menyesal, kecewe rasa macam nak bunuh diri pun ada (tapi aku masih ingat TUHAN lagi). Lelaki yang aku pertahan kan selama ni rupa2 nyer sia2 jer dan dia memang ****. Dan lepas putus lagi banyak benda **** yang aku tau pasal dia. Aku tau dan sememang memang nyer aku tau aku x di jampi serapah/ kena minyak pengasih/ di ubat guna oleh dia (pada pandangan parents aku macam tu). Sebab masa ngan dia aku pernah ada syok ngan orang lain tapi x pernah la nak tinggal kan dia. Kalo kene minyak pengasih x macam tu kan??? Tapi aku sayang sangat kat dia. Perasaan aku pada dia actually suci murni la gak kira nyer(tapi orang yg aku syg tu x suci murni pun muahaha...). Dalam 10 bulan tu jugak aku mengelak kan diri dari contact dia ataupun tengok friendster dia atau pun masuk circles99 semata2 nak tengok dia komen kat gossip room. Tapi satu hari tangan aku gatal masuk friendster dia n tengok dia dah ada makwe baru. Masa aku tengok tu baru 3 minggu official kami putus. Patah/ hancur/ berkecai/ berterabur/ pecah/ terbakar hati aku x tau nak kata laaa....Gile **** la kecewa. Macam tu jer/ sekejep tu jer dia dah ada penganti, sedang kan aku masih struggel nak lupa kan dia.
But anyway...aku dapat jugak lalui kesakitan yang aku alami dengan bantuan kawan2 n kekuatan diri sendiri. Dan baru2 ni aku dpt tau dia nak kawin ngan minah tu. Aku x peduli sgt tapi ter detik di hati aku rasa terkilan n x lupa jugak ayat2 kutuk2 dia. X tau kenapa aku x leh nak berkawan ngan dia mcam mana aku leh ber kawan ngan exboy2 aku yang lain. Tapi ok la..lantak ko la nak kawin ker apa.
X lama kendian malam raya tu dia call aku, aku tengok jer skrin hp aku nak jawab ker x nak jawab last2 aku jawab jugak. Cakap2 punya cakap dia kata dia x jadi kawin sebab parents minah tu x suka kat dia. Dalam hati nak ter gelak jer mcam mana parents tu nak suka kat ko yang x reti nak hormat parents orang lain. Tapi bila parent dia x di hormati reti plak ko naik angin. Macam ****....X lama pas tu mintak maaf ngan aku cakap nak balik siap ajak kawin plaktu. Aaaa....x der pasal. Pas raya minah tu plak contact aku, dan memang sangkaan aku betul parents minah tu x suka pasal dia kuang ajar ngan diorang. Minah tu ajak aku pasang trap suruh aku trime dia jadi pakwe balik n ajak jumpa bila kitorg ngah dating dia nak terjah. Aku x bape suka idea tu sebab aku malas nak melibat kan diri ngan mamat tu sesangt2 la malas. Sebab aku gerenti sakit hati nyer nak melayan perangai dia. Tapi aku pelik knp dia nak kawin cepat2 seolah2 x kira la ngan sapa2 janji dia kawin. Soal punya soal rupa2 nyer dia dah ambik personal loan, dan melalui kiraan aku gaji dia akan jadi sikit(maksud nyer sikit giler2 ****) bila potongan dah di buat dan melalui kesimpulan aku jugak dia nak ada orang back up dia kat belakang. Dia pilih minah tu sebab dia kerja goverment n bila x dapat minah tu dia cari aku pulak walaupun aku x kerja goverment tapi kerja aku agak bagus. Ceh...what a pathetic. N btw aku cakap kat minah tu aku malas masuk campur so apa yang patut jadi ahad bulan lepas x jadi lansung. Pas tu aku cakap kat mamat tu aku x nak masuk campur dah so get lose.
Aku ingat dah settle la...Minggu lepas minah tu insist jgk nak jumpa tapi bawak mamat tu skali dia x puas hati n dia kata dia dah bebaik semula ngan mamat tu, haah... yela dia nak guna kan ko jer ko x nampak ker. What the ****. Aku x mau aku kata, tapi dia kata mamat tu nak pulang kan DVD Spirited Away n Howl's moving castle aku yang dia dah wat harta. Ok tu aku x leh tolak sebab tu memang citer favorite aku. So...jumpa la kami ber3. Tengok muka dia aku dah meyampah giler. Bagi DVD n terus blah x der pasal la nak mengadap muka dia lama2. N there goes aku berlalu nak wat citer baru plak.....N pada minah tu aku cakap pikir betul2 dia x seperti yang ko sangka....................
sila tengok->5 years with MAFA I

No comments: